Friday, 6 June 2014

Warga media sosial kesal gejala buli semakin berleluasa
GADIS PAILANG: Antara video yang mendapat perhatian pengguna media sosial.
KUALA LUMPUR:  Warga media sosial terkejut dengan beberapa video yang telah dimuat naik dan tersebar luas di media sosial yang menunjukkan aksi pelajar perempuan saling bertumbuk dan dalam aksi ganas.

Video pertama berdurasi 1 minit, 46 saat itu dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit, bermula dengan dua pelajar perempuan yang berdiri menghadap antara satu sama lain dan seakan-akan sedar bahawa video mereka sedang dirakamkan.

Video kedua pula berdurasi 58 saat bermula dengan dua pelajar perempuan bertumbuk dan menarik rambut sambil kedengaran perkataan seperti "Aku benci engkau" dan "tadi kata hebat sangat nak gaduh."

Pada Isnin, video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial. Video berkenaan dikenali sebagai 'Gadis Pailang'. 

Gejala buli menjadi tumpuan Buletin Awani 745. Pada masa yang sama, pengikut  @501Awani di Twitter memberi pelbagai reaksi tentang isu ini.

Berikut adalah beberapa tweet yang diterima:








Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan ketika dihubungi memaklumkan, pelajar terlibat dalam video 'Gadis Pailang' telah digantung sekolah susulan kejadian buli yang berlaku pada 25 April 2014.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern turut berkata tiga suspek dalam video berkenaan akan didakwa.

“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan  Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.

Pada Buletin Awani 745, pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suatu ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam Khamis, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.

“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.

“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.

Kisah beliau turut mendapat respon di Twitter:




Sekiranya anda pernah jadi mangsa buli, bersediakah anda berkongsi pengalaman itu? Sekiranya anda pernah menangani kes buli, kami mengalu-alukan juga pengalaman anda.

Kirimkan maklumbalas anda tidak lebih daripada 200 patah perkataan kepada feedback@astroawani.com. Kami akan menyiarkan pandangan terpilih.

Thursday, 5 June 2014

JAIS lebih arif dalam urusan prosedur - Jamil Khir
JAIS lebih arif dalam urusan prosedur - Jamil Khir
JAMIL: Dari segi prosedur, JAIS lebih arif berdasarkan kuasa yang telah diberi mengikut peruntukan.
KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memainkan peranan sewajarnya menjaga kepentingan agama Islam di negeri itu dalam melaksanakan tugasnya menyerbu sebuah majlis perkahwinan di kuil Hindu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Katanya dari segi prosedur, JAIS lebih arif berdasarkan kuasa yang telah diberi mengikut peruntukan dalam Jadual 9 Perlembagaan Senarai 2, Islam di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.
"Kita harap semua pihak berlapang dada dan serahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang menyifatkan serbuan JAIS ke majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya sebagai tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

JAIS mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya.
Jamil Khir berkata majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan agama mengikut kuasa yang telah diperturunkan kepada mereka.

"Sebarang kegagalan (dalam hal seperti ini), mungkin majlis agama akan dilihat sebagai gagal melaksanakan tugas," katanya

Saturday, 31 May 2014

PRK Teluk Intan: Mah gembira ramai pulang mengundi
PRK Teluk Intan: Mah gembira ramai pulang mengundi
Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong
TELUK INTAN:  Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di Parlimen Teluk Intan kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau yang ditemui di Pusat Media PKR Teluk Intan di Pusat Kesihatan Komuniti UKM berkata, beliau sendiri telah melawat banyak Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk melihat sendiri proses pengundian dan berjumpa para pengundi.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan yang dilakukannya, didapati banyak kenderaan yang datang dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor, sekaligus menunjukkan ramai pengundi luar balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Di samping itu, kata beliau, sehingga tengahari ini, pusat mengundi di Pasir Bedamar Barat mencatatkan peratusan pengundian kira-kira 50 peratus.

"Bagaimanapun, kita akan cuba untuk menarik lebih ramai pengundi turun untuk menunaikan tanggungjawab mereka," ujarnya.

Mah bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya membuat kenyataan bahawa pengundi luar tidak harus menentukan masa depan rakyat yang tinggal di Teluk Intan.

Sambil menyelar portal Malaysiakini, Presiden Gerakan itu menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau ialah pengundi yang balik mengundi perlu berbincang dengan kaum keluarga mereka yang tinggal di Teluk Intan.

Katanya, kenyataan beliau telah diputar belitkan dan hanya dipetik sebahagian sahaja.

"Itulah taktik DAP untuk mendapatkan sokongan pengundi," kata Mah yang menyerahkan nasibnya kepada para pengundi Teluk Intan.


Anak saya dah mati, luah ibu kanak-kanak yang dikelar kepala sampai putus
Anak saya dah mati, luah ibu kanak-kanak yang dikelar kepala sampai putus
Anak saya dah mati, luah ibu kanak-kanak yang dikelar kepala sampai putus
KUALA LUMPUR:  Anak saya dah mati.

Hanya ini yang boleh diluahkan oleh ibu kepada adik Siti Soffea Emelda, yang dibunuh secara kejam kelmarin.

Wednesday, 28 May 2014


Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu petang ini
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu petang ini
Bendera Negeri Perak dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. -Foto BERNAMA
IPOH:  Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah, yang mangkat Rabu.

Satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak telah diadakan lewat petang Rabu bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.

Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Tuesday, 27 May 2014

Gadis 14 Tahun Dirogol 34 Lelaki Di Ketereh



Gadis 14 Tahun Dirogol 34 Lelaki Di Ketereh

Gadis 14 Tahun Dirogol 34 Lelaki Di Ketereh | Seorang gadis berusia 14 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Ketereh selepas dirinya dirogol oleh 34 orang lelaki melayu di sebuah rumah di Ketereh, Terengganu.
Mangsa telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut. Hasil awal rawatan mendapati terdapat kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.
Click Here


No comments:


Monday, 26 May 2014

Nurul Izzah
TANGGAL 25 Mei menandakan tarikh Malaysia berjuang sekali lagi sesudah tempoh 12 tahun dalam perlawanan akhir Piala Thomas.

Tentunya sekalung penghargaan harus diberikan kepada skuad badminton Malaysia yang telah menunjukkan semangat juang tinggi; lantas memberikan sinar harapan kepada rakyat -  kita mampu mengukir kejayaan di peringkat antarabangsa.

Walaupun kesudahan perlawanan tersebut masih belum lagi memihak kepada kita namun sesuatu yang amat berharga boleh kita perhatikan bahawa pada ketika perlawanan tersebut berlangsung, sempadan-sempadan yang telah memisahkan rakyat Malaysia pada ketika itu semuanya lenyap.

Tiada lagi Cina, Melayu atau India. Apa yang lebih hebat lagi, tidak ada lagi ahli-ahli parti politik yang berbeza; walau pada masa sama, pengiraan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sedang berlangsung.

Berita mengenai pilihan raya tersebut seolah-olah ditenggelami oleh harapan rakyat untuk melihat anak-anak bangsa berjaya membawa pulang piala yang telah lebih 20 tahun dirampas daripada tangan kita.

Masa terhenti seketika; pada saat mata ditambah menerusi gandingan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong ketika kami yang sibuk berkempen di Teluk Intan, kami semua seolah-olah terpaku sebentar.

Walau tidak dinafikan ramai juga masih terpaku dengan calon DAP,  Dyana Sofia, detik tersebut ditandakan dengan sinar Piala Thomas.

Fenomena aneh ini membuktikan sesuatu kepada kita semua. Rakyat sebenarnya mampu untuk bersatu antara satu sama lain, walaupun latar belakang berbeza, sekiranya kita mampu melupakan perbezaan tersebut demi mencapai cita-cita yang murni untuk kebaikan semua.

Dalam kempen PRK Teluk Intan, pelbagai pihak memberi pelbagai komentar, antaranya menggambarkan Dyana, seorang graduan UiTM sebagai pengkhianat hanya kerana beliau berbeza fahaman politik dengan penguasa-penguasa dan sebahagian graduan UiTM lain.

Ada juga mengata Dyana tidak bersyukur kerana membelakangkan Umno yang telah berjasa menubuhkan UiTM. UiTM tidak banggakah dengan graduan mereka yang menunjukkan kematangan untuk berfikir dengan sendiri?

Saya tertanya-tanya, kenapakah kempen sebegini diteruskan untuk parti pemerintah. Apakah kita tidak mampu melihat persamaan antara kedua-dua calon yang bertanding? Mereka berdua adalah rakyat yang mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat, walaupun daripada pandangan berbeza sekali.

Ini adalah titik tolak persamaan yang boleh digunakan untuk berkempen secara bersih dengan semangat saling menghormati. Politik yang tidak sihat sepatutnya perlu dibanteras, oleh kerana ia memindahkan fokus dari isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Sistem pendidikan yang ada pada masa ini amat kondusif untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia, sejak sekolah rendah lagi. Sejak kecil lagi, anak-anak ditanam dengan semangat kebangsaan. Lahirnya seorang anak manusia ke dunia ini adalah tanpa mempunyai sebarang prejudis antara satu sama lain. Sifat ini sepatutnya dipupuk dan dipelihara supaya dibawa hingga ke alam dewasa. Namun, sistem pendidikan di Malaysia tidak begitu.

Orang berbangsa Cina lebih menggemari sekolah vernakular, dengan sebab-sebab mereka yang tertentu. Begitu juga dengan orang-orang Melayu yang menghantar ke sekolah kebangsaan. Saya fikir, sekiranya kita benar-benar ingin memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, mestilah cuba untuk menyatukan sistem pendidikan kita terlebih dahulu. Peluang-peluang untuk belajar bahasa seperti Mandarin dan Tamil sepatutnya ada ditawarkan di setiap sekolah di Malaysia.

Memberi peluang yang sama kepada anak-anak, dapat memupuk perpaduan yang sebenar. Jurang perbezaan budaya dan warna kulit akan dapat dilupakan sama sekali hanya apabila anak-anak kita dapat berkenal-kenal serta berbicara dengan bahasa sama.

Kesemua ini memerlukan sebuah pengorbanan besar daripada semua rakyat. Kita perlu mengakui pemisahan bangsa melalui pendidikan adalah sesuatu yang tidak lagi relevan dalam mengecapi kejayaan bersama. Malaysia tidak mungkin akan dapat mencapai kejayaan, sekiranya kita masih lagi tidak mampu melangkaui perbezaan.

Kerajaan perlu ada keazaman politik membuat perubahan dan pengorbanan ini. Cukuplah sudah kita menggunakan institusi pendidikan sebagai alat untuk memecahbelahkan rakyat. Kita sebenarnya mampu bersatu. Skuad Piala Thomas telah membuktikan yang kita mampu merubah segalanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Sharifah Aini: Keadaan saya kini 50:50
Tupai - Saturday, 24 May 2014

24 Mei – Biduanita negara Datuk Sharifah Aini berkata, kesihatannya kini semakin merosot sejak dimasukkan ke hospital KPJ Damansara beberapa hari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah berkata, dia kini menjalani rawatan intensif dan dipantau oleh doktor peribadinya sejak jangkitan kuman menyerang semula paru-parunya.

"Jangkitan ini datang semula setakat ini semua terkawal cuma mana-mana yang tidak sihat sama ada batuk, demam atau selsema tidak digalakkan melawat.

"Sistem imunisasi badan saya juga makin merosot dan saya perlu banyak berehat. Keadaan saya kini 50:50. Kalau ditakdirkan saya keluar dari hospital sebagai jenazah, doakanlah saya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Keadaan penyanyi berusia 61 tahun itu dilaporkan tidak menentu kebelakangan ini sejak diserang virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu.

29 comments

Satiap INSAN akan melalui saat derita menghadapi kepedihan kesakitan dan putus asa...harap Sharifah Aini kuatkan semangat, Allah itu maha penyayang dan pengasih..dan kita hanya mampu berdoa, yang selebihnya dari Allah swt..Semoga Allah ringankan SAKIT yg ditanggong dan PULIHkan dirinya..Sharifah Aini nama mu senentiasa HARUM bersama peminatmu..Doaku untukmu adikku TERSAYANG...
A Yahoo! User, Sunday, 25 May 2014
Apa apa pun moga Allah permudahkan segalanya bagimu dan buat semua yang sedang sakit dan menderita... semoga Allah memberikan kesudahan yang baik untuk kita semua amin
Lisha Hana, 20 hrs ago
Semoga sembuh seperti biasa Kak Sharifah Aini. Always remember meeting you personally. So sweet and caring and humble. May Allah bless you always .
A Yahoo! User, 19 hrs ago
Tabahkan hati, kuatkan iman, semoga Kak Pah...sembuh seperti sediakala....Doakan semoga Kak Pah juga cepat-cepat sembuh.....amen.......
Pak Uda, 19 hrs ago
why is she looking like joan rivers?
palinmakesmecringed, 1 hr ago

Sunday, 25 May 2014

Gagal bawa pulang trofi, saya tidak salahkan pemain - Elyas Omar
Gagal bawa pulang trofi, saya tidak salahkan pemain - Elyas Omar
Tan Sri Elyas Omar merupakan tokoh pemimpin badminton ketika Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.
KUALA LUMPUR:  Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Elyas Omar meluahkan kekecewaannya kerana pasukan Malaysia tidak berjaya membawa pulang Piala Thomas apabila tunduk kepada Jepun 2-3 di peringkat akhir.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya kecewa kerana ini adalah peluang yang terbaik bagi negara untuk membawa pulang Piala Thomas," kata beliau yang dihubungi Astro AWANI sejurus perlawanan berakhir.

Walau bagaimanapun, beliau tetap bangga dengan prestasi barisan pemain Malaysia.

“Saya tidak salahkan pemain. Pasukan Malaysia bermain dengan semangat yang kental. Mereka hampir mengalahkan Jepun dan ini adalah perkara terpuji. Saya rasa bangga dengan prestasi pemain-pemain. Saya juga ucapkan tahniah kepada pasukan Jepun yang berjaya membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama,” ujar beliau.

Ketika ditanya tentang perlawanan tadi, beliau akui bahawa Liew Daren ada melakukan beberapa kesilapan sendiri atau unforced errors.

Judgement (penilaian) yang dibuat Daren masih lemah terutama sekali pada penghujung perlawanan dimana beliau menyangkakan shuttlecock akan keluar tetapi ia tidak.

“Namun saya bangga dengan pencapaian beliau dan semangat beliau. Daren bermain dengan baik sehingga akhir dan tidak mengaku kalah. Ini sama juga dengan beregu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berjaya bangkit semula dan mengalahkan lawan mereka.

Ditanya tentang perancangan masa hadapan, Elyas berharap pemain-pemain muda terutama sekali pemain beregu dapat didedahkan kepada lebih banyak perlawanan antarabangsa. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki mutu permainan mereka dan juga kedudukan mereka.

Beliau berpendapat bahawa kedudukan pemain beregu masih rendah namun dari segi prestasi, mereka mempunyai potensi yang sangat bagus.

“Kita perlu membina pemain pelapis terutama sekali bagi kejohanan Piala Thomas pada tahun 2016 kelak. Pada masa yang sama, kita perlu mempertajamkan pemain sedia ada,” kata beliau.

Pada pertandingan akhir, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.

Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992. 

Elyas merupakan Presiden BAM ketika Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.

PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus - Foto Bernama
GEORGE TOWN:  Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Min (Cawangan 2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau, SJKC Kong Min (Cawangan 1), SJKC Chiao Nan, SK Seri Aman, SK Ayer Itam, Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) dan SK Seri Indah.

Proses pengundian turut berlangsung di SMK Chung Ling, SMK Georgetown, SK Batu Lanchang, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian, SMK Hamid Khan, SK Bukit Gelugor, SMK Datuk Hj Mohd Nor Ahmad dan SK Sungai Gelugor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus tetapi sehingga pukul 4 petang, seramai 43,814 atau 53.26 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pengiraan undi bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Pinang, dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus - Foto Bernama
GEORGE TOWN:  Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Min (Cawangan 2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau, SJKC Kong Min (Cawangan 1), SJKC Chiao Nan, SK Seri Aman, SK Ayer Itam, Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) dan SK Seri Indah.

Proses pengundian turut berlangsung di SMK Chung Ling, SMK Georgetown, SK Batu Lanchang, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian, SMK Hamid Khan, SK Bukit Gelugor, SMK Datuk Hj Mohd Nor Ahmad dan SK Sungai Gelugor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mencapai 78 peratus tetapi sehingga pukul 4 petang, seramai 43,814 atau 53.26 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pengiraan undi bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Pinang, dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Saturday, 24 May 2014



Gambar mangsa dalam WeChat
Gambar mangsa dalam WeChat
Mangsa maut di tempat kejadian.
SERDANG - Suasana hiba menyelubungi tempat kejadian apabila ahli keluarga meratapi kematian seorang wanita yang maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah, di Jalan Balakong, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Wanita itu dikenali sebagai Suraidah Banjar, 26, seorang promoter kedai pakaian.

Suraidah, yang tinggal di Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing, Balakong, cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, dua pejalan kaki lain cedera ketika melintas jalan.

Mereka dikenali sebagai Nur Shafira Hafiza Muhd Saufi, 18, dan Nik Nor Shahirah Zainun, 30, dan dihantar ke Hospital Serdang.

Salah seorang ahli keluarga Suraidah yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakannya menerusi aplikasi WeChat.

“Dia menghantar gambar tiga gadis yang terbaring di jalan raya dipercayai akibat dilanggar lari. Saya terkejut apabila dapati seorang daripada mereka adalah Suraidah.

Kami sekeluarga bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

“Menurut keterangan saksi, sebuah lori dari arah Balakong merempuh kesemua mangsa, sebelum meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Serdang,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.
Piala Thomas: Adakah sejarah kegemilangan '92 bakal berulang?
Piala Thomas: Adakah sejarah kegemilangan '92 bakal berulang?
Tanggal 16 Mei 1992 Piala Thomas berjaya dirangkul oleh Malaysia
KUALA LUMPUR:  Kejayaan Malaysia menjulang Piala Thomas 22 tahun lalu ketika menentang pasukan Indonesia tidak pernah pudar dari ingatan.

Begitu juga setiap kali berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Thomas, setiap kali itulah aura dan semangat 1992 meresap kembali.

Tanggal 16 Mei 1992, Piala Thomas berjaya dirangkul oleh Malaysia selepas menundukkan Indonesia, 3-2.

Pemain Malaysia pada waktu itu Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, dan dua pasangan beregu Razif Sidek-Jalani Sidek dan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.

Kejayaan tersebut diraih selepas 25 tahun iaitu kali terakhir pasukan Malaysia bergelar juara pada tahun 1967.

Kejayaan Piala Thomas 1992

Perlawanan akhir Piala Thomas 1992 ketika itu berlangsung di Stadium Negara dengan diiringi lagu ‘Fikirkan Boleh’, yang sehingga kini lagu tersebut cukup sinonim dengan setiap perlawanan Piala Thomas yang melibatkan Malaysia.

Saat kemenangan

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu"


Mengimbas kembali, anak keluarga Allahyarham Datuk Sidek, iaitu Rashid berjaya menewaskan  pemain handalan Indonesia, Ardy Bernardus Wiranata ( 15–11, 10–15, 15–8) dalam saingan perseorangan tetapi abang-abangnya, pasangan beregu Jailani dan Razif tewas mengejut kepada pasangan Indonesia Eddy Hartono dan Rudy Gunawan ( 9-15, 15-9, 3-15 ).

Perlawananan beregu kedua antara Soon Kit dan Beng Kiang menentang Rexy Manaiky dan Ricky Subagja berjaya memberikan mata kemenangan buat negara apabila mereka menang dengan mata 15-12, 10-15, 15-8.

Kedudukan 3-1 itu sekaligus melayakkan Malaysia mendakap Piala Thomas.

The moment of ecstacy


12 tahun kemudian, kita sekali lagi mara ke pentas final pada tahun 2002 namun gagal merampas semula gelaran juara.



Sekali lagi, peluang ke pusingan akhir tiba tahun ini dilakar menerusi pemain perseorangan Datuk Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Adakah tuah akan menjadi milik kita kali ini?

Nyatakan sokongan terhadap pasukan badminton negara dengan menyertai undian Astro AWANI.
Adakah Piala Thomas milik kita kali ini?

Najib dan Rosmah telefon Chong Wei beri kata semangat julang Piala Thomas
Najib dan Rosmah telefon Chong Wei beri kata semangat julang Piala Thomas
Perdana Menteri yakin pasukan Malaysia akan bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
KUALA LUMPUR:  Walaupun sibuk dengan jadual lawatan yang padat di sini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor masih sempat menyampaikan kata-kata semangat kepada pasukan badminton Malaysia yang akan bertemu Jepun pada final Piala Thomas di New Delhi pada Ahad.

Kata-kata semangat itu mereka sampaikan melalui jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menerusi perbualan telefon dari sini dan Perdana Menteri yakin pasukan Malaysia akan bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

"Secara kebetulan setiap kali beliau bermain, sebelum atau selepas, Datuk Lee Chong Wei akan menelefon isteri saya sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia.

"Jadi dalam lawatan ini, dua kali dia telah telefon dan saya dan isteri telah memberi kata-kata ransangan kepada pasukan Malaysia melalui Chong Wei," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan sejak Khamis kelihatan amat gembira sekali dengan pencapaian pasukan Malaysia pada  Piala Thomas kali ini, yang menyaksikan Malaysia menamatkan penantian 12 tahun ke final bagi merebut piala berprestij itu.

"Berita bahawa Malaysia berjaya memasuki pertandingan akhir Piala Thomas ini merupakan satu berita yang amat membanggakan dan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan pasukan kita sedar bahawa mereka membawa harapan hampir 30 juta rakyat Malaysia untuk menjulang Piala Thomas.

"Ini akan merupakan suatu kejayaan yang sudah tentu akan melonjakkan semangat rakyat Malaysia dan imej Malaysia dan saya percaya pasukan kita akan bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, meraih kemenangan, yang saya pasti akan merupakan satu detik manis untuk rakyat Malaysia," kata Najib.

Malaysia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk layak ke final Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Indonesia 3-0  pada peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi pada Jumaat malam.

Skuad negara telah melepasi sasaran separuh akhir pada edisi kali ini dan sekali lagi mempunyai peluang untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk menjulang piala berprestij itu yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.

Malaysia akan bertemu pendatang baharu Jepun pada final Ahad ini.

Malaysia kali terakhir beraksi di pentas final pada edisi 2002 di Guangzhou, China, apabila kalah 3-2 kepada Indonesia.

Jangan bimbang kesahihan logo halal - Jakim
Jangan bimbang kesahihan logo halal - Jakim
Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim.
KUALA LUMPUR:  Kenyataan media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkenaan kenyataan olehKementerian Kesihatan Malaysiamengenai pengesanan DNA babi (porcine) dalam coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut.

Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

24 MEI 2014