- 'Pertandingan sebenar, saya dan Ramkarpal'
- Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan berkata pertandingan sebenar adalah antara beliau dan calon DAP Ramkarpal Singh sahaja.
Menurut beliau, cara kempen dua calon lain iaitu naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar tidak dapat meraih sokongan secara menyeluruh.
"Persaingan kali ini antara saya dan Ram. Kami berdua peguam, calon PCM dianggap menggantikan MCA dan Mohamed Nabi hanya bertumpu di kawasan Melayu sahaja," kata beliau kepada Malaysiakini semalam.
Backer berkata selain sokongan dari pengundi minoriti Melayu, masyarakat Cina menyambutnya dengan baik dan beliau yakin memberi saingan kuat kepada Ramkarpal.
Beliau sebelum ini tampil berkempen dengan 10 buah teksi disewa untuk digunakan dalam siri jelajah bertemu pengundi di kawasan Bukit Gelugor bagi memperkenalkan dirinya.
Bagaimanapun beliau turut mendakwa terdapat konspirasi tertentu yang cuba menghalangnya dari mengadakan ceramah atau menyewa dewan milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Sejak minggu lalu, bila saya nak sewa dewan, macam-macam alasan diberikan," katanya sambil menunjukkan dokumen permohonannya cuba mendapatkan dewan untuk berceramah.
Backer bagaimanapun menerangkan beliau tidak panik dan akan meneruskan usahanya bagi memenangi PRK yang pertama kali disertainya ini.
"Cara saya macam kuda. Mula-mula jalan perlahan, lepas tu laju sikit. Kemudian 'gallop' (berlari deras). Hari tu cedera sikit tapi tetap ada masa nak 'gallop'," kata Backer berseloroh.
Backer menghabiskan masa tiga hari di hospital selepas 'berlanggar' dengan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selasa lalu.
Bagaimanapun beliau telah menyiapkan karavan, poster dan bakal membawa gimik kuda bermula hari ini bagi meneruskan acara kemuncak kempennya.
k
PRK Bukit Gelugor akan diadakan Ahad ini selepas kematian penyandangnya, bekas pengerusi DAP Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.
Data terbaru Suhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Bukit Gelugor mempunyai82,431 pengundi berdaftar dengan pecahan kaum seramai 61,267 (74.33 peratus) Cina; 11,913 (14.46 peratus) Melayu; 8,848 (10.73 peratus) India dan 403 (0.49peratus) lain-lain kaum.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 tahun lalu, Karpal mengumpul 55,839 undi menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dengan majoriti 41,778 undi.
Thursday, 22 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment